Saya ambil bahan ini daripada blok http://pentaskajibuku.blogspot.com/ kepunyaan Muhammad Nuruddin iaitu seorang bekas guru. Beliau selalu mengumpul bahan ilmiah dan isu penting daripada akhbar Siasah. Antara yang beliau temui adalah Makalah bersiri bertajuk Memenuhi impian pendidikan bahasa melayu yang berkesan tulisan Prof Dr Awang Sariyan. (siasah 21-27 Jun 2009)
Bahan bacaan ini amat berguna untuk guru Bahasa Melayu manfaatkan dalam pengajara anda.
Falsafah mengajar bahasa adalah melalui menyelami falsafah dan perasaan bahasa melayu itu sendiri. Pendidikan Bahasa menurut Prof adalah suatu proses pengembangan potensi aqliyah dalam usaha membina tamadun insaaiyyah yang menggunakan akal seoptimanya.
Pada pandangan saya bahasa melayu adalah pelajaran TERAS dalam pendidikan di sekolah jika si guru memahami. Bahasa ini mengandungi kunci dan lorong untuk para pelajar kenal apa itu akhirat dan apa itu dunia. Ia menjadi wahana pengembangan akal dan media untuk meneroka ilmu matematik dan sains, ilmu kajian alam, ilmu seni, ilmu agama, ilmu jasmani di atas teras jasad melayu Islam. Majoriti sekolah agama didokongi pelajar Islam berbangsa melayu. Jika mereka Islam tetapi bukan melayu pun bahasa inilah yang mengambang akal mereka atas satu paduan erat. Ilmu yang dikenali mereka adalah ilmu sepunya, ilmu sepencarian....mereka pasti akan kenal tanah tempat berpijak...tahu ke mana arah manfaat ilmu tersebut.
Muhammad Nuruddin
Bekas guru
Kenali Semarak Api
15 years ago
No comments:
Post a Comment